AGENDA PENGURANGAN ÒCARBON FOORPRINTÓ DAN GBI (GREEN BUILDING INDEX)
46) AGENDA PENGURANGAN ÒCARBON FOORPRINTÓ DAN GBI (GREEN BUILDING INDEX)
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan mempunyai dasar dan rancangan pengurangan ÒCarbon FoorprintÓ?
- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah pun menyediakan Dasar Perubahan Iklim Negara. Dasar ini digubal bagi mengarusperdanakan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai kementerian dan agensi dalam mengambil tindakan menangani isu perubahan
Dasar Perubahan Iklim Negara akan dijadikan panduan dalam mengintegrasikan isu perubahan iklim dalam perancangan dan pelaksanaan program pembangunan dan proses membuat keputusan; menggalakkan pertumbuhan ekonomi secara lestari dan pembangunan insan; serta pemuliharaan alam sekitar.
Y.A.B. Perdana Menteri juga semasa di Mesyuarat Rangka Kerja Perubahan Iklim Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) di Copenhagen, Denmark tahun lepas (2009), telah mengumumkan bahawa Malaysia, dalam usahanya untuk menangani perubahan iklim di peringkat domestik, akan mengurangkan pelepasan Gas Rumah Kaca (Green House Gases – GHG) secara sukarela sehingga 40% melalui indikator intensiti karbon menjelang tahun 2020 berbanding dengan intensiti karbon pada tahun 2005 (nisbah pelepasan GHG dengan GDP).
Kerajaan negeri Selangor akan terus mempergiatkan usaha meningkatkan kesedaran orang awan untuk bertindak menangani perubahan iklim dan penjagaan alam sekitar di peringkat negeri dengan mengadakan pelbagai kempen kesedaran yang melibatkan semua lapisan rakyat. Antara kempen yang telah dan akan diadakan adalah kempen hari tanpa beg plastik, kempen penjimatan tenaga, Green building index, menggalakkan penggunaan teknologi bersih dan teknologi hijau dan seumpamanya.
