PELANTIKAN DATUK BANDAR DAN YANG DIPERTUA PBT

9) PELANTIKAN DATUK BANDAR DAN YANG DIPERTUA PBT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah proses pelantikan Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT di Selangor?

    Urusan pelantikan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di
    Negeri Selangor menggunakan konsep ‘Peminjaman’ daripada agensi pusat iaitu
    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Peminjaman merupakan salah satu
    daripada kaedah pelantikan pegawai yang sedang berkhidmat dan boleh digunakan oleh
    sesebuah agensi untuk mendapatkan perkhidmatan pegawai yang berpengalaman,
    berkemahiran, berwibawa dan bersesuaian dengan keperluan agensi berkenaan.
    Konsep Peminjaman merupakan langkah jangka pendek yang dilaksanakan bagi
    membantu sesebuah agensi untuk memantapkan operasi masing-masing.
    Pelantikan secara peminjaman pada masa ini dilaksanakan berasaskan kepada
    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2007 yang menjelaskan secara terperinci
    berkaitan prosedur peminjaman melibatkan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
    ke Perkhidmatan Persekutuan yang lain, Perkhidmatan Awam Negeri, Perkhidmatan
    Badan Berkanun (Persekutuan dan Negeri), Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan,
    agensi swasta serta agensi antarabangsa. Walau bagaimanapun, PP 1/2007 ini telah
    diperkemaskan dan dikaji semula selaras dengan hasrat Kerajaan meningkatkan sistem
    penyampaian perkhidmatan serta memantapkan pelaksanaan urusan peminjaman
    pegawai. Maka urusan peminjaman dilaksanakan sepenuhnya merujuk kepada
    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008 ‘Dasar dan Prosedur Pelantikan
    Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap’.
    Dalam konteks PBT Negeri Selangor, kuasa menimbangkan pegawai-pegawai yang
    layak dilaksanakan peminjaman bagi mengisi jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua
    adalah di bawah bidang kuasa Ybhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi
    pegawai di dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, manakala pegawai di dalam
    Kumpulan Pengurusan dan Profesional di bawah bidang kuasa Ketua Pengarah
    Perkhidmatan Awam (KPPA).

Lampiran

Tiada Lampiran.