PELABURAN ASING
55) PELABURAN ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nampaknya pelaburan asing yang dibawa masuk ke Negeri Selangor makin berkurang semenjak Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Pada tahun 2009 berapa jumlah pelaburan asing berlabur di Selangor?
Walaupun suasana ekonomi dan kewangan global mengalami kejatuhan, Negeri
Selangor masih mampu mencatatkan jumlah kelulusan bilangan projek tertinggi
berbanding negeri-negeri lain.
Bagi tempoh Januari hingga Disember 2009 sebanyak 278 projek perkilangan telah
diluluskan oleh MIDA di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM
6,759,590,951.
Daripada jumlah ini sebanyak RM 2,752,526,769 adalah daripada pelaburan tempatan
dan sebanyak RM 4,007,064,182 daripada pelaburan asing.
