Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
83) USAHAWAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan bilangan usahawan, jenis bidang dan program pembangunan usahawan yang dilaksanakan mengikut daerah sepanjang tahun 2009
Kerajaan Negeri dalam usaha membentuk usahawan baru adalah memberi Latihan dan
Kursus berkaitan asas – asas keusahawanan. Pada tahun 2009 seramai 1939 yang
telah menjalani kursus yang telah dianjurkan seperti di Lampiran A.
Di samping itu juga Kerajaan Negeri sedang membangunkan program Satu Kampung
Satu Produk bagi melahirkan usahawan – usahawan baru dengan cara melantik mentor
untuk melatih dan memasarkan produk – produk yang dihasilkan. Pada tahun 2009
seramai 45 orang telah menerima bantuan iaitu 28 orang di Daerah Petaling dan 17
orang di Daerah Hulu Langat. Bilangan ini dijangka bertambah pada tahun 2010.
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana sebanyak RM1 juta setahun untuk
membantu usahawan Industri Kecil di dalam usaha membantu mereka meningkatkan
pengeluaran produk melalui program Dana Industri Kampung. Pada tahun 2009 seramai
99 orang telah menerima bantuan. Jumlah penerima adalah seperti di Lampiran B.
Dalam usaha membantu menyelesaikan masalah penjaja, Kerajaan Negeri pada tahun
2009 telah membina tapak penjaja di PPRT Kota Damansara untuk menempatkan
penjaja yang berniaga tanpa lesen. Dengan penempatan semula ini semua penjaja
diwajibkan menjalani latihan dan memohon lesen dari pihak majlis.
Di samping itu juga kerajaan negeri menganjurkan program tahunan Selangor Ria pada
setiap bulan Disember bagi tujuan memberi peluang kepada usahawan untuk
mempromosi produk mereka. Pada tahun 2009 program Selangor Ria berjaya membuat
jualan sebanyak RM7, 240,240.00.Lampiran A
BIL PROGRAM TEMPAT TARIKH SASARAN
PESERTA
JUMLAH
PESERTA
1. Seminar Pembangunan
Usahawan Parlimen
Sabak Bernam
Rumah Rehat
Pekan Sabak
Bernam
14 Mac 2009 Kawasan
Parlimen
Sabak Bernam
60
2. Seminar Pembangunan
Usahawan Parlimen
Sungai Besar
Rumah Rehat
Pekan Sabak
Bernam
15 Mac 2009 Kawasan
Parlimen
Sungai Besar
42
3. Seminar Pembangunan
Usahawan Parlimen
Hulu Selangor
Rumah Rehat
Majlis Daerah
Hulu Selangor
19 Mac 2009 Kawasan
Parlimen Hulu
Selangor
55
4. Seminar Halalan
Toyyiban
Sri Kayangan
Room, Menara
PKNS Seminar
& Conference
Centre
19 Mac 2009 Terbuka
kepada
usahawan
150
5. Seminar Pembangunan
Usahawan Parlimen
Tanjung Karang
Dewan Orang
Ramai Sungai
Gulang-Gulang
12 April 2009 Kawasan
Parlimen
Tanjung
Karang
93
6. Seminar Pembangunan
Usahawan Parlimen
Kota Raja
Bilik Auditorium
MPK, Klang
26 April 2009 Kawasan
Parlimen Kota
Raja
104
7. Seminar Pemantapan
Usahawan Komplek
PKNS Shah Alam
Dewan
Seminar
Komplek PKNS
Shah Alam
14 Mei 2009 Peniaga dan
penjaja di
Komplek
PKNS Shah
Alam
115
8. Seminar Pembangunan
Usahawan Parlimen
Kelana Jaya
Dewan MBPJ,
Petaling Jaya
11 Julai 2009 Kawasan
Parlimen
Kelana Jaya
97
9. Seminar Pembangunan
Usahawan Parlimen
Shah Alam
Dewan MBSA,
Seksyen
28 Jun 2009 Kawasan
Parlimen Shah
Alam
50
10. Seminar Pembangunan
Usahawan Parlimen
Klang
Bilik Auditorium
MPK, Klang
25 Julai 2009 Kawasan
Parlimen
Klang
82
11. Seminar Pembangunan
Usahawan Parlimen
Kapar
Bilik Auditorium
MPK, Klang
26 Julai 2009 Kawasan
Parlimen
Kapar
61
12. Seminar Pembangunan
Usahawan Parlimen
Subang
Dewan MBPJ,
Seksyen 7,
Kota
Damansara
26 Julai 2009 Kawasan
Parlimen
Subang
74
13. Seminar Pembangunan
Usahawan
Parlimen PJ Selatan
Dewan Majlis
Bandaraya
Petaling Jaya,
Taman Medan
9 Ogos 2009 Kawasan PJ
Selatan
78
14. Seminar Pembangunan
Usahawan Kuala
Langat
9 Ogos 2009 Kawasan
Kuala Langat
74
15. Seminar Pembangunan
Usahawan Peniaga dan
Penjaja Kecil
Dewan Annex 2 Ogos 2009 Peniaga Kecil 112
16. Seminar Usahawan
Muda
Komplek Belia 8 Ogos 09 Belia 12
17. Seminar Usahawan
Wanita
Dewan Warga
Emas
18 Ogos 09 Wanita 60
18. Seminar Usahawan
Belia
Ballroom
Dewan Jubli
Perak
7 November
09
Belia 120
19. Seminar Usahawan
Negeri Selangor
Dewan
Banquet MBSA
22 Disember
2009
Penerima
Dana, Belia
dan orang
ramai yang
berminat
menjadi
usahawan
500
JUMLAH PESERTA 1,939
Lampiran B
SENARAI PENERIMA DANA BAGI TAHUN 2009 MENGIKUT DAERAH
DAERAH PENERIMA
Kuala Selangor 19
Sabak Bernam 11
Petaling 8
Hulu Langat 5
Sepang 2
Kuala Langat 15
Gombak 8
Klang 14
Hulu Selangor 17
JUMLAH 99