ARAK
20) ARAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah arak boleh dijual di kedai serbaneka seperti 7-eleven di Shah Alam malah turut berlaku di pekan kecil seperti Sabak Bernam sedangkan hal ini tidak berlaku sebelum ini ?
Saya ingin menjelaskan bahawa penjualan arak memerlukan lesen untuk menjual
liquor yang memabukkan di bawah Seksyen 35, Akta Eksais 1976 melalui
Lembaga Pelesenan Eksais Daerah. Definisi bagi ‘liquor’ yang memabukkan di
bawah Seksyen 2(1), Akta Kastam 1967 iaitu termasuklah apa-apa cecair yang
mengandungi lebih daripada dua peratus spirit pruf, yang sesuai atau bermaksud
untuk, atau yang boleh dengan apa-apa cara diubah bagi, digunakan sebagai suatu
minuman. Manakala definisi bagi ‘bir’ termasuklah ‘ale, stout, porter’ dan segala
liquor tapaian lain yang diperbuat daripada ‘malt’. Oleh sebab proses penyediaan
yang berbeza iaitu melalui penapaian, maka penjualan ‘bir’ tidak perlu dilesenkan di
bawah Seksyen 35, Akta Eksais 1976 bagi jualan secara runcit. Walau
bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pendekatan ‘self-regulating’ di
Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai perintis bagi mengawal penjualan minuman
beralkohol terutamanya ‘bir’ memandangkan tiada peruntukkan spesifik di dalam
Akta Eksais 1976 yang mengawal penjualannya secara runcit. Pendekatan ini telah
dilaksanakan selama lebih kurang setengah tahun dan semua pihak yang terlibat
sedang melaksanakannya.
