PENYELESAIAN MASALAH BANJIR DI SELAYANG BARU
61) PENYELESAIAN MASALAH BANJIR DI SELAYANG BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Selayang Baru adalah perkampungan lama yang kini mengalami pertumbuhan pesat dan menghadapi masalah densiti penduduk yang padat. Pembangunan yang tidak terancang ini telah memberi kesan buruk kepada sistem perparitan. Longkang besar (monsoon drain) sedia ada sudah tidak lagi dapat menampung saliran air lebih-lebih lagi ketika hujan lebat sehingga berlaku banjir kilat di kawasan-kawasan sekitar. Apakah perancangan pembangunan yang akan dilakukan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi menyelesaikan masalah banjir kilat ini untuk jangka masa panjang demi memelihara kesejahteraan rakyat di kawasan tersebut
Majlis Perbandaran Selayang bersama Jabatan Pengairan dan Saliran telah
mengenal pasti kawasan yang sering berlaku banjir iaitu di sepanjang Jalan 62
Selayang Baru bersempadan dengan Kampong Mahkota. Bagi tindakan segera
pihak JPS telah melantik kontraktor untuk menggantikan box culvet merentasi ke
kampung Mahkota (dalam pelaksanaan) Bagi jangka masa panjang Monsoon
Drain di sepanjang Jalan 62 perlu dinaiktaraf dan memerlukan peruntukan yang
besar. Satu lagi kawasan yang sering berlaku banjir adalah di Jalan 6 Selayang
Indah. Bagi kawasan tersebut tawaran menaiktaraf monsoon drain di kawasan ini
telah ditutup pada 5 Julai 2010.
