Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
94) HOSPITAL & KLINIK
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah dan lokasi hospital, klinik dan rumah-rumah sakit di seluruh Negeri Selangor?
Terdapat 10 buah hospital kerajaan di negeri Selangor iaitu Hospital Tengku
Ampuan Rahimah Klang, Hospital Serdang, Hospital Selayang, Hospital
Ampang, Hospital Sg Buloh, Hospital Kajang, Hospital Tanjong Karang, Hospital
Banting, Hospital Kuala Kubu Bharu dan Hospital Tengku Ampuan Jemaah
Sabak Bernam. Jumlah Klinik Kesihatan pula ialah 58 buah dan Klinik Desa 131
buah. Lokasi Klinik Kesihatan dan Klinik Desa mengikut daerah di negeri
Selangor adalah seperti berikut :
Daerah Klinik Kesihatan Klinik Desa
Gombak 9 6
Hulu Langat 9 14
Hulu Selangor 8 12
Klang 8 19
Kuala Langat 7 20
Kuala Selangor 5 22
Petaling 5 6
Sabak Bernam 6 22
Sepang 3 10
Jumlah 60 131