PENGUNAAN BALAI JKKK UNTUK KEGIATAN PARTI POLITIK
56) PENGUNAAN BALAI JKKK UNTUK KEGIATAN PARTI POLITIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengapakah keadaan ini terus dibenarkan berlaku?
Kerajaan Negeri Selangor membenarkan masyarakat kampung menggunakan setiap
Balairaya JKKK yang ada dengan menjalankan program mesra rakyat seperti program
gotong royong, program belia dan sosial, sesi dialog bersama penduduk kampung serta
lain-lain program kemasyarakatan. Bagi kegiatan politik pula, hanya JKKKP sahaja yang
tidak dibenarkan menggunakan balairaya JKKK. Ini kerana JKKKP tidak diiktiraf oleh
Kerajaan Negeri sama sekali. Kerajaan Negeri juga membenarkan parti politik yang lain
menggunakan balairaya JKKK seperti parti UMNO. Walaubagaimanapun, Kerajaan
Negeri melalui Pejabat Tanah Daerah sentiasa memantau agar kegiatan politik di
balairaya JKKK yang digunakan untuk tujuan politik berjalan mengikut kesesuaian dan
munasabah.
