KOMUNITI BERPAGAR

6) KOMUNITI BERPAGAR

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah status perlaksanaan Sistem Komuniti Berpagar ini di Selangor?

    Seperti Yang Berhormat sedia maklum, konsep skim perumahan komuniti berpagar (‘gated community’) pada awalnya terhad kepada pembangunan kediaman berstrata (berbilang tingkat) seperti kondominium dan apartmen mewah dengan menawarkan kemudahan harta bersama (‘common property’) seperti kolam renang, rumah kelab, perkhidmatan keselamatan, kemudahan sukan dan rekreasi. Namun, seiringan kemajuan dan peredaran zaman, konsep ini telah diambil dan diguna pakai oleh pemaju perumahan bagi projek pemajuan perumahan jenis bertanah (‘landed development housing projects’) yang mengandungi rumah teres, rumah teres berkembar, banglo dan lain-lain. Oleh itu, pindaan terhadap Akta Hak milik Strata 1985 (Akta 318) pada 12 April 2007 telah dibuat untuk membenarkan pembangunan ‘gated community’ bagi projek pemajuan perumahan jenis bertanah (‘landed development’).

    Secara dasarnya Kerajaan Negeri menerima baik Garis Panduan dan Perancangan ‘Gated Community and Guarded Neighbourhood’ yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mana sebahagian besarnya merupakan cadangan garis panduan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Namun yang demikian terdapat beberapa perbezaan yang ketara khususnya yang melibatkan konsep ‘guarded neighbourhood’ yang mana penduduk Kerajaan Negeri menetapkan persetujuan 85% daripada pemilik (termasuk penyewa) sedangkan KPKT hanya meletakkan persetujuan 51% sahaja. Oleh itu, rundingan lanjut dengan pihak KPKT akan dibuat untuk menyelaraskan perkara ini sebelum diguna pakai secara seragam oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor.

    Bagi permohonan baru yang berkonsepkan ‘gated community’ pula, Kerajaan Negeri telah menetapkan ia mematuhi peruntukan Akta Hak milik Strata 1985, (Akta 318) selaras dengan garis panduan yang disediakan oleh KPKT.

Lampiran

Tiada Lampiran.