KEMUDAHAN LIF

40) KEMUDAHAN LIF

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat kes lif terhempas sehingga mencederakan penghuni yang terbabit. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan kes seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa yang akan datang?

    Langkah-langkah yang diambil untuk membantu pangsapuri kos rendah dalam memastikan penyenggaraan lif yang sempurna dan teratur adalah seperti berikut:

    1. Meneruskan Program Baikpulih Lif Pangsapuri Kos Rendah di bawahPakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor bagi tahun 2011.  Manakala, bagi tahun 2010, Kerajaan Negeri telah pun memperuntukkan sejumlah RM1,648,805.00(Ringgit Malaysia: Satu Juta Enam Ratus Empat Puluh Lapan Ribu Lapan Ratus Lima Sahaja) untuk program membaik pulih lif ini.
    2. Membuat kajian untuk mengambil alih penyenggaraan pangsapuri kos rendah khususnya pengurusan lif sama ada melalui penubuhan satu syarikat anak Kerajaan Negeri atau kontraktor-kontraktor yang dilantik Kerajaan Negeri sebagai ejen pengurusan. Kajian ini adalah penting untuk memastikan penyenggaraan bangunan yang diambil alih Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan secara cekap dengan penggunaan sumber yang optimum.  Kerajaan Negeri menjangka pelaksanaan pengambilalihan kerja-kerja penyenggaraan bagi pangsapuri kos rendah berkenaan dapat dibuat bermula tahun 2011.

    Namun begitu, Kerajaan Negeri menggalakkan supaya tanggungjawabpenyenggaraan bangunan ini dilaksanakan sendiri oleh JMC atau MC.  Ini adalah kerana melalui penglibatan JMC atau MC secara langsung, segala perbelanjaan dan urusan berkaitan penyenggaraan bangunan dapat dikawal dan ditentukan oleh JMC atau MC berdasarkan keperluan utama pembeli dengan mengambil kira kedudukan kewangan sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.