KEMISKINAN BANDAR (URBAN POOR)

43) KEMISKINAN BANDAR (URBAN POOR)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah kemiskinan bandar mengikut pecahan daerah daripada tahun 2006-2010

    Jumlah kemiskinan mengikut pecahan daerah adalah seperti berikut:-

    Bil Daerah Jumlah miskin

    sehingga 4 Mac

    2008

    Jumlah miskin

    Tahun 2010

    (sehingga Oktober 2010)

    1. Klang 976 4695
    2. Petaling 515 6220
    3. Hulu Langat 1657 10,889
    4. Kuala Langat 1959 2917
    5. Gombak 2119 1672
    6. Sepang 608 2264
    7. Hulu Selangor 879 6690
    8. Kuala Selangor 338 5695
    9. Sabak Bernam 853 5275
      JUMLAH KESELURUHAN 9904 46317

     

    Sumber: UPEN/Pejabat Daerah

    Data kemiskinan adalah sangat dinamik. Banyak faktor yang boleh menjadi penyebab kepada kemiskinan. Penghijrahan, kematian ketua keluarga, keadaan ekonomi semasa, kehilangan pekerjaan, sikap dan mentaliti individu dan pelbagai faktor lain boleh menjadi penyumbang kepada insiden kemiskinan.  Data juga akan berubah apabila garis kemiskinan diubah. PGK yang digunapakai sebelum 4 Mac 2008 adalah RM731.00 bagi miskin dan telah diubah kemudiannya menjadi RM1500.00 oleh Kerajaan Negeri.

    Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan agensi-agensi pelaksana akan sentiasa memastikan maklumat tersebut dapat di perkemaskan dari semasa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.