SAMBUTAN SKIM BANTUAN PERUBATAN KERAJAAN

46) SAMBUTAN SKIM BANTUAN PERUBATAN KERAJAAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak skim tersebut dilancar berapakah ramai penduduk bermanfaat dengan skim tersebut.

    Skim Bantuan Kesihatan Rakyat Miskin Negeri Selangor bermula pada Jun 2009. Skim ini bertujuan untuk meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan untuk menampung perbelanjaan rawatan kesihatan yang semakin meningkat. Program bantuan ini terhad kepada membiayai kos rawatan bagi penyakit katarak mata, pembedahan kecil dan dialisis buah pinggang.

    Pada tahun 2009, seramai 24 orang penerima yang layak untuk menerima bantuan manakala bagi tahun 2010 sehingga Oktober, seramai  80 orang penerima. Pada tahun 2010, Kerajaan Negeri telah menerima sejumlah 408 permohonan, walau bagaimanapun sejumlah 133 permohonan tidak dapat diluluskan kerana hasil semakan mendapati ia bercanggah dengan Garis Panduan  Bantuan Kesihatan Rakyat Miskin Negeri Selangor. Manakala 195 permohonan tidak dapat diproses kerana borang yang dikemukakan adalah tidak lengkap. Kerajaan Negeri telah mengeluarkan surat pemakluman kepada pemohon untuk melengkapkan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan agar ia dapat diproses dengan segera.

Lampiran

Tiada Lampiran.