PUSAT SIBER RAKYAT
61) PUSAT SIBER RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan Pusat Siber Rakyat (PSR) yang akan mengintegrasikan perpustakaan buku-buku yang berbentuk fizikal dan maklumat dalam bentuk digital Berapakah PSR yang telah dibina dan kos perbelanjaannya?
Pusat Siber Rakyat (PSR) Selangor telah diwujudkan pada tahun 1999 dan dikenali sebagai Pusat Komputer IT (PKIT) dengan tujuan untuk meningkatkan kadar celik (literasi) IT di kalangan komuniti negeri Selangor. Walau bagaimanapun keberkesanan perlaksanaannya tergendala disebabkan beberapa masalah yang berkaitan dengan masalah pengurusan, masalah khidmat sokongan dan masalah teknikal.
Untuk mengatasi masalah tersebut, penjenamaan semula telah dilakukan dengan bagi memastikan kelangsungan pengoperasian PSR ini iaitu dengan mengujudkan kerjasama antara Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan pertanggungjawaban pengurusan diberikan kepada PPAS, pihak PBT dan juga ADUN agar pengoperasian dan penyelenggaraan yang yang lebih teratur dapat dilaksanakan.
Melalui kerjasama dengan PPAS ini juga dapat membudayakan teknologi maklumat dan membawa komuniti masyarakat Negeri Selangor ke arah gaya hidup digital (digital lifestyle) dalam mendapat dan menyebarkan maklumat.
Penjenamaan PSR ini telah dilaksanakan mengikut fasa dan sebagai permulaan pada tahun 2009, 5 lokasi seperti berikut telah diwujudkan:-
- PSR Perpustakaan Awam Bestari Jaya, Kuala Selangor
- PSR Perpustakaan Klang
- PSR Perpustakaan Awam Semenyih, Hulu Langat
- PSR perpustakaan Desa Kampung Melayu Ampang, Gombak
- PSR Sultan Abdul Samad, Banting
Pada tahun ini lima (5) PSR seperti di bawah akan dibina : i. Dewan Kempas, Seksyen 19, Shah Alam ii. Pusat Komuniti Kampung Kuantan, Klang iii. Perpustakaan Daerah Sabak Bernam iv. Perpustakaan Daerah Gombak
- Perpustakaan Hulu Selangor (Perpustakaan Syed Mashor, Kuala Kubu Baru)
Kos perlaksanaan pada tahun 2009 adalah sebanyak RM 450,790.00 dan sebanyak RM 490,000.00 untuk tahun 2010 dengan anggaran perbelanjaan antara RM 90,000.00 sehingga RM 100,000.00 bagi setiap satu PSR.
Kemudahan yang telah disediakan untuk PSR ini adalah :
- Menyediakan perkhidmatan jaringan internet bagi menggalakkan pengguna datang ke PSR;
- Mengadakan kelas-kelas komputer dan menyediakan tenaga pengajar kepada pengguna;
- Menyediakan komputer berteknologi tinggi
- Menyediakan pencetak yang mesra pengguna
- Menyediakan penyelenggaraan berkala kepada semua peralatan ICT dan memastikan ia berkeadaan baik.
