PROGRAM PENETAPAN HARI SABTU SEBAGAI HARI TANPA PLASTIK
19) PROGRAM PENETAPAN HARI SABTU SEBAGAI HARI TANPA PLASTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah program yang dilaksanakan menepati objektif dan sejauh mana keberkesanannya ?
Kempen Hari Tanpa Beg Plastik ini dilaksanakan khusus bagi mengurangkan penggunaan beg plastik di Negeri Selangor dan juga mengubah pemikiran masyarakat tentang kesan penggunaan beg plastik. Selama kempen ini dijalankan, sebanyak 4 juta beg plastik berjaya diselamatkan dan kelihatan masyarakat sudah mula menerima kempen ini semasa membeli belah pada hari Sabtu dengan membawa beg sendiri daripada rumah untuk membeli belah. Walaubagaimanapun, kempen ini perlu dijalankan secara terus menerus bagi memastikan keberkesanan kempen di masa akan datang.
