BAJET INFRASTRUKTUR
56) BAJET INFRASTRUKTUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bajet infrastruktur yang boleh dipohon oleh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kegunaan baik pulih infrastruktur yang tidak mampu diperuntukkan oleh PBT?
Bagi tahun 2010, di bawah Vot P01 Menteri Besar dan SUK, telah diperuntukkan bajet berjumlah RM 4 juta iaitu bagi Infrastruktur Asas Majlis Daerah (RM 2 juta) dan Kemudahan Awam (RM 2 juta). Peruntukan ini dikawal selia oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri di mana setiap permohonan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan disemak dan dinilai terlebih dahulu akan keupayaan kewangan sesebuah PBT tersebut.
Dalam hal ini, sesebuah PBT perlu memberikan komitmen dalam sesebuah projek dan tidak mengharapkan bantuan sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri. Ini kerana PBT mempunyai pendapatan sendiri daripada hasil cukai taksiran, hasil bukan cukai(lesen, denda, sewa) dan juga terimaan bukan hasil (geran dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan).
