DENGGI DAN CHIKUNGUNYA

24) DENGGI DAN CHIKUNGUNYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah faktor-faktor merebaknya denggi dan chikungunya di Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, di antara faktor-faktor utama merebaknya denggi dan chikungunya di Selangor adalah faktor kepadatan penduduk yang tinggi di Selangor terutama di daerah Petaling, Gombak, Hulu Langat dan Klang. Lain-lain faktor termasuk sistem pelupusan sampah yang kurang memuaskan, serta takungan air di dalam dan persekitaran rumah termasuk kolah air. Kerjasama penduduk juga perlu di pertingkatkan bagi membantu anggota kesihatan melaksanakan aktiviti kawalan seperti semburan kabus dan pemeriksaan pembiakan aedes di dalam dan persekitaran rumah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.