PENYELARASAN ANTARA PBT-PBT DAN JABATAN KERAJAAN LAIN YANG TERLIBAT DALAM KERJA-KERJA JALANRAYA
35) PENYELARASAN ANTARA PBT-PBT DAN JABATAN KERAJAAN LAIN YANG TERLIBAT DALAM KERJA-KERJA JALANRAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah mekanisma-mekanisma yang kini ada untuk memastikan bahawa tidak berlakunya penduaan kerja-kerja oleh PBT, Tenaga Nasional, SYABAS dan sebagainya?
Mekanisme sedia ada untuk menyelaras kerja-kerja pengorekan jalan untuk pembinaan infrastruktur adalah melalui PBT. Setiap syarikat utiliti perlu membuat permohonan dan mendapat kelulusan PBT sebelum menjalankan kerja-kerja yang melibatkan jalan Majlis. Pihak Majlis akan menyelaraskan perkara ini berdasarkan permohonan yang telah diterima dari syarikat utiliti.
Setiap jabatan yang terlibat akan memaklumkan kepada PBT jika sekiranya ada kerja-kerja pengorekan jalan raya. Oleh itu, penyelarasan akan dibuat oleh pihak PBT bagi mengelakkan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan lebih dari sekali.
