PRESTASI SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN NEGERI (GLC)

40) PRESTASI SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN NEGERI (GLC)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri yang memperolehi keuntungan dan kerugian dalam urusniaga mereka

    Terdapat 9 buah syarikat yang merupakan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC). Secara keseluruhannya, semua syarikat-syarikat ini menerima keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, kecuali 3 buah syarikat yang mengalami kerugian iaitu Bukit beruntung Golf & Country Resort Berhad (BBGC), Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) dan juga Tourism Selangor Sdn Bhd (TSSB). Perincian Penyata Pendapatan syarikat-syarikat tersebut pada 31 Disember 2008 adalah seperti senarai di bawah:-

    Bil Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri Untung / (Rugi) (RM JUTA)
    1. Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) 27.802
    2. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 19.207
    3. Selangor State Investment Centre (SSIC) 1.059
    4. Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYS) 6.100
    5. Bukit Beruntung Golf & Country Resort Berhad (BBGC) (186)
    6. Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) (151)
    7. Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) 2.516
    8. Tourism Selangor Sdn Bhd (TSSB) (35.039)
    9. Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) 247

Lampiran

Tiada Lampiran.