KEGAWATAN EKONOMI
60) KEGAWATAN EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejauh manakah terjejasnya sektor perindustrian di Selangor?
Kesan kegawatan ekonomi global menyebabkan sektor perindustrian di negeri Selangor mendapat kesan secara langsung. Antara syarikat yang teruk terjejas akibat kemelesetan ekonomi negara adalah dari sektor pembuatan (semi-conductors) di mana pihak terdapat pihak syarikat yang terpaksa menutup operasi setiap hujung bulan. Selain itu, terdapat juga syarikat-syarikat yang mengambil langkah bagi mengurangkan kos operasi syarikat seperti;-
- Membuat pemberhentian pekerja,
- Mengurangkan waktu bekerja dan tiada kerja lebih masa
- Pekerja asing yang tamat kontrak perkhidmatan tidak diperbaharui kontraknya.
