SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BAJET) PENGGAL PERTAMA KE-12 TAHUN 2008 YANG TIDAK DIJAWAB
98) SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BAJET) PENGGAL PERTAMA KE-12 TAHUN 2008 YANG TIDAK DIJAWAB
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila beri sebab-sebab mengapa adanya sebahagian daripada soalan-soalan bertulis bagi Mesyuarat Ketiga yang lepas (Oktober 2008) yang tidak dijawab /tidak mempunyai jawapan.
Pejabat Dewan Undangan Negeri bertanggungjawab sebagai penyelaras bagi setiap soalan-soalan yang dikemukakan oleh Y.B. ADUN Selangor. Bagi setiap soalan-soalan yang dikemukakan, melalui Mesyuarat Mengkaji Soalan Dewan yang dipengerusikan oleh YB Tuan Speaker telah ditetapkan satu jangka masa untuk soalan-soalan tersebut dijawab oleh jabatan-jabatan yang berkenaan iaitu sebelum tarikh persidangan. Oleh yang demikian, pentadbiran ini hanya akan dapat mengedarkan jawapan bagi soalan-soalan yang dikemukakan setelah menerima jawapan daripada jabatan berkenaan.