Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
145) PERTANIAN DAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Modern Pig Farming Area Ð Apakah status projek berkenaan dan bila ia akan mula dilaksanakan?
Projek Modern Pig Farming (MPF) masih di dalam peringkat mengenal pasti peruntukan bagi tujuan pengambilan balik tanah. Sementara itu, terdapat enam (6) buah syarikat yang telah mengemukakan surat niat untuk membangunkan MPF. Task Force MPF akan membuat pemilihan terhadap syarikat yang mampu membiayai kos pengambilan balik tanah, memenuhi kehendak Kerajaan Negeri dan penternak.