Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
180) TARIK BALIK CUKAI TAPAK PASAR MALAM
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pihak Kerajaan Negeri mengarah agar cukai tapak pasar malam ditarik balik. Apakah rasional cukai tapak ini ditarik balik?
Kerajaan Negeri hanya menarik balik ‘bayaran pendahuluan penamaan’ tapak gerai pasar malam yang dikenakan oleh pengendali-pengendali pasar malam seperti JKKK dan JKP. Walau bagaimanapun peniaga pasar malam masih dikenakan caj pasar malam sebanyak RM 4.