Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
240) PROGRAM SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bagaimanakah sambutan rakyat Negeri Selangor terhadap program SMUE?
Sambutan yang diterima terhadap Skim Mesra Usia Emas di bawah Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) adalah hebat dan amat menggalakkan. Pihak Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) sebagai pengendali program ini sentiasa memperoleh reaksi yang positif daripada orang awam, ketika menyertai setiap program “turun padang” yang diterima.