Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
241) PRINSIP BUDAYA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar budaya Negeri Selangor?
- Budaya adalah perlakuan harian dan cara hidup sesuatu kaum. Bagi Kerajaan Negeri, dasar budaya Negeri Selangor adalah mempamerkan cara hidup semua kaum dan etnik di Selangor dengan setulus mungkin. Jenis-jenis makanan, pakaian, permainan, tarian dan muzik adalah sebahagian daripada unsur dan elemen yang harus diketengahkan dalam mengenali budaya sesuatu kaum. Selain itu turut mengambil kira dasar kebudayaan kebangsaan, iaitu:-
- Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini
- Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar
- Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.