PEMBATALAN PROGRAM MEMBERI RM30 KEPADA PELAJAR MISKIN YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR DAN SPM SETIAP BULAN
54) PEMBATALAN PROGRAM MEMBERI RM30 KEPADA PELAJAR MISKIN YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR DAN SPM SETIAP BULAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengapakah program tersebut dibatalkan?
Program tersebut dibatalkan kerana terdapat banyak agensi-agensi yang menyediakan bantuan persekolahan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Zakat Selangor selain Jabatan Pelajaran Malaysia. Bantuan persekolahan yang disediakan bukan sahaja meliputi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan tetapi bantuan yang disediakan adalah lebih menyeluruh kepada pelbagai peringkat umur pelajar.
