‘FLYOVER’ / JAMBATAN JALAN UNIVERSITI PETALING JAYA – BULATAN LAMA UNIVERSITI
60) ‘FLYOVER’ / JAMBATAN JALAN UNIVERSITI PETALING JAYA – BULATAN LAMA UNIVERSITI
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Perbincangan-perbincangan antara MBPJ / SYABAS, Tenaga Nasional dan Petronas Gas telah berlanjutan sejak 2006-2007 berkenaan kerja pembaikan untuk dijalankan di sekitar jambatan. Apakah status keputusan ke atas kos dan tanggungjawab-tanggungjawab jabatanjabatan kerajaan berkenaan isu ini?
Mesyuarat Pengalihan Paip Air Bergaris Pusat 1800 mm di Jalan Universiti yang dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Kanan, Kementerian Tenaga Air & Komunikasi, Tuan Haji Japar Abu pada 30 Mac 2009 memutuskan bahawa Kos untuk kerja-kerja pengalihan paip utama akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.
