MAJLIS SUKAN NEGERI (MSN)
108) MAJLIS SUKAN NEGERI (MSN)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini Majlis Sukan Negeri dan senaraikan seluruh Ahli Lembaga Pengarah serta huraikan bagaimanakah kedudukan kewangan semasa?
- Majlis Sukan Negeri telah ditubuhkan di bawah akta Majlis Sukan Negara (1971), pindaan 1979 mengikut Jadual Kedua Pindaan 1988. Akta tersebut telah menjelaskan agar Majlis Sukan Negeri hendaklah ditubuhkan di setiap negeri dan peruntukanperuntukan dalam Jadual Kedua hendaklah berkuat kuasa.
Jadual Kedua tersebut antaranya menjelaskan bahawa pengurusan Hal Ehwal Majlis adalah terletak hak pada Jawatankuasa Pengurus bukan Ahli Lembaga Pengarah seperti yang ditanyakan. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pengurus ini dibuat mengikut peruntukkan di Jadual Kedua akta tersebut. Walaupun Pengerusi Majlis masih kosong akibat tidak dilantik oleh Menteri, operasi harian dan pentadbiran Majlis masih boleh diteruskan di bawah kendalian Jawatankuasa Pengurus yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Menteri Besar.
Senarai penuh Jawatankuasa Pengurus yang dilantik bagi sesi 2009/2010 adalah seperti berikut:-
1.
Y.B. Tuan Amirudin bin Shari
ADUN Batu Caves
Timbalan Pengerusi I
2.
Y.B. Dato’ Ramli bin Mahmud
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Timbalan Pengerusi II
3.
Tuan Hj. Mohd Zubir bin Hj. Idrus
Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor
Setiausaha
4.
Y.B. Dato’ Mohd Arif bin Ab. Rahman
Pegawai Kewangan Negeri Selangor
AJK
5.
Y.Bhg. Dato’ Noordin bin Sulaiman
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)
AJK
6.
Y.Bhg. Dr. Zahri bin Aziz
Pengarah Pelajaran Negeri Selangor
AJK
7.
Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan
Pengarah Belia & Sukan Negeri Selangor
AJK
8.
Y.Bhg. Dato’ Zainal Abidin bin Azim
Pengerusi Majlis Sukan Daerah Gombak
AJK
9.
Y.Bhg. Dato’ Hassan Nawawi bin Abdul Rahman Pengerusi Majlis Sukan Daerah Hulu Langat
AJK
10.
Y.Bhg. Dato’ Hj. Amiruddin bin Hj. Mohd Radzi Presiden Persatuan Tinju Amatur Selangor
AJK
11.
Y.Bhg. Dato’ (Dr.) Lam Peng Chong
Presiden Persatuan Bola Tampar Selangor
AJK
12.
En. Kula Chelliah
Presiden Persatuan Gimnastik Amatur Selangor
AJK
13.
Y.B. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor
AJK
Sehingga 31 Mei 2009, Majlis mempunyai baki tunai di bank berjumlah RM7,125,919.51. Selain dari itu, Majlis mempunyai simpanan tetap berjumlah RM 2,081,808.17. Kedudukan kewangan semasa Majlis sehingga 31 Mei 2009 berjumlah RM9,207,727.68.