Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
133) TANAH RIZAB PERKUBURAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini tanah rizab perkuburan Islam yang terletak di tepi Lebuh raya Kajang-Seremban (LEKAS) kerana setakat hari, ini tanah rizab tersebut telah dicerobohi dan didapati telah digondolkan tanpa sebarang tanaman tutup bumi oleh individu tertentu bagi tujuan menjalankan projek ternakan ikan. Walau bagaimanapun, projek tersebut telah terbengkalai mengakibatkan struktur dan sisa bahan binaan terbiar di atas tanah rizab tersebut
PTD Hulu Langat telah menjalankan siasatan dan mendapati tapak tersebut kosong dan tiada sebarang aktiviti dijalankan. PTD Hulu Langat mengesahkan tapak tersebut telah dirizabkan untuk maksud Tapak Perkuburan Islam. Tindakan telah diambil dengan menghantar surat dan pelan lokasi tapak tersebut di Lot 1068 Mukim Semenyih pada 18 Jun 2009 kepada pihak Persatuan Penduduk Bandar Teknologi Kajang supaya mengemukakan permohonan pewartaan tapak tersebut seberapa segera melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tindakan pewartaan akan diambil sebaik sahaja permohonan pewartaan diterima dari pihak JAIS.