BAYARAN LANJUTAN TEMPOH PAJAKAN
5) BAYARAN LANJUTAN TEMPOH PAJAKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Semasa pembayaran melanjutkan tempoh pajakan tanah kediaman. Adakah kerajaan mewajibkan pengutipan tabung perkuburan Islam.
Kerajaan Negeri tidak mewajibkan kutipan bayaran caruman kubur bagi tanah bangunan
kediaman ke atas pemilik tanah individu yang memohon untuk perlanjutan tempoh
pajakan tanah. Kutipan caruman perkuburan bagi tapak kubur Islam dan Bukan Islam
hanya disyaratkan dalam keadaan berikut:
1) Syarat tambahan dalam kelulusan permohonan tukar syarat tanah dan pecah
sempadan bagi tanah untuk tujuan kediaman atau bercampur berkeluasan kurang
daripada 250 ekar. Untuk pembangunan kediaman atau bercampur berkeluasan
melebihi 250 ekar, pemilik dikehendaki menyediakan tapak perkuburan Islam dan
Bukan Islam.
2) Syarat tambahan bagi kelulusan tukar syarat tanah kepada bangunan kediaman.
3) Syarat tambahan bagi kelulusan pemberimilikan tanah kepada individu/pemaju untuk
tujuan bangunan kediaman.
