PROMOSI KEBUDAYAAN NEGERI SELANGOR
24) PROMOSI KEBUDAYAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah bentuk promosi kebudayaan dan program-program yang dilakukan oleh Majlis Kebudayaan Negeri sepanjang tahun untuk menarik lebih ramai pelancong asing datang melawat Negeri Selangor?
Majlis Kebudayaan Negeri Selangor disenaraikan sebagai Badan Berkanun
Kerajaan Negeri Selangor dan mendapat Geran Tahunan bagi tujuan
pentadbiran dan urusan sehariannya mengkoordinasikan Majlis-majlis
Kebudayaan Daerah (9) dan ahli yang sama tujuan dengannya (terdiri daripada :
MTS, KEMUDI, PPS, ASFONS, PERGAS, PELAYANG, PSMCS, PESAKA,
UiTM, UPM dan UKM).
Walaupun peruntukan yang diperoleh amat terbatas namun promosi dan
program-program yang dianjurkan sama ada secara bersendirian dan juga
kerjasama ahli-ahlinya yang lain termasuk telah berjaya mempromosikan
kebudayaan secara kerjasama bagi menjayakan aktiviti jemputan khas
(undangan), program homestay, program merakyatkan seni (PMS), acara-acara
rasmi sambutan perayaan tahunan dan persembahan di luar Negara khususnya
bagi menarik pelancong asing datang ke Selangor melalui bentuk-bentuk
PERSEMBAHAN, PERTANDINGAN DAN DEMONSTRASI seperti berikut:
Majlis Kebudayaan Daerah-daerah – persembahan seni tari (Melayu, Cina dan
India), seni muzik (kompang, keroncong, kuda kepang, gendang Cina, Gendang
India, dabus & cempoling) seni kraf, demonstrasi permainan rakyat/ tradisi
(gasing, layang-layang, silat, silambam, tai-chi) deklamasi puisi, penyelidikan
seni budaya, penerbitan. MTS – persembahan teater (Menanti Perang Berakhir &
Merdeka Terakhir). KEMUDI –penerbitan buku antologi puisi. ASFONS –
pameran foto sejarah, bengkel fotografi dan animasi. PPS – penulisan &
penerbitan buku (novel & penyelidikan). PERGAS – demonstrasi membuat dan
pertandingan gasing. PELAYANG – demonstrasi membuat dan pertandingan
wau/ layang-layang. PSMCS – menganjurkan lawatan sambil belajar dan
menerbitkan buku sejarah serta jurnal MELAWATI. PESAKA – demonstrasi dan
pertandingan Silat Seni dan Silat Olahraga. UiTM, UKM dan UPM – aktiviti
berjadual sepanjang tahun.
