PERTANIAN MODEN
26) PERTANIAN MODEN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah konsep dan rancangan yang terkandung dalam sektor pertanian moden?
Konsep pertanian moden di negeri Selangor dilaksanakan khusus mengambil
kira beberapa kekangan utama yang dihadapi negeri Selangor dalam
meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. Kekangan dan teknologi yang
digunakan adalah seperti berikut:
• Kekurangan tanah pertanian yang baik untuk diusahakan. Seperti yang
diketahui negeri Selangor mempunyai tanah marginal yang kurang sesuai
untuk aktiviti pertanian seperti tanah gambut, tanah asid sulfat dan juga tanah
jenis pasir lombong. Kaedah pertanian moden yang memerlukan
penggunaan peralatan dan mesin moden bagi mengatasi masalah ini.
Kaedah pertanian yang moden seperti kaedah pembajaan yang lebih baik
serta sistem pengairan moden. Cara pertanian yang moden seperti
penggunaan teknik pertanian Fertigasi juga dapat menyelesaikan masalah
tanah yang kurang subur.
• Kekurangan tenaga kerja kerana persaingan dari industri lain. Penggunaan
jentera dan peralatan pertanian moden dapat mengurangkan
kebergantungan kepada tenaga buruh yang tinggi. Penggunaan kaedah
pertanian yang lebih cekap bagi meningkatkan pengeluaran bahan makanan
bagi setiap kawasan tanaman.
• Penggunaan benih yang baik hasil dari R&D yang lebih cekap juga
membantu dalam usaha memodenkan pertanian Negeri Selangor.
