PROJEK LRT
47) PROJEK LRT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Cadangan jajaran baharu Transit Aliran Ringan (LRT) Lembah Klang. Pada dasarnya Kerajaan Negeri menyokong pembinaan LRT kerana ia secara keseluruhannya memberikan keselesaan dan juga perkhidmatan untuk masyarakat dan menolong meringankan kesesakan jalan raya yang kita alami sekarang. Amat malang sekali cadangan baru Syarikat Prasana tidak melibatkan kawasan-kawasan perumahan di Cheras dan Kajang. Apakah usaha yang akan dibuat oleh kerajaan negeri untuk berbincang dengan Syarikat Prasana agar mempertimbangkan pengembangan Transit Aliran Ringan ke Kajang dengan melalui kawasan perumahan Balakong
