KADAR JENAYAH
72) KADAR JENAYAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kadar jenayah di Negeri Selangor semakin meningkat. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk membendung peningkatan tersebut?
Memandangkan kadar jenayah yang tinggi di negeri Selangor berbanding
dengan negeri-negeri lain, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa
langkah di dalam menanganigejala tersebut iaitu:-i) Pencegahan
Melaksanakan program pencegahan seperti kempen berkaitan jenayah,
menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah-sekolah. Pameran
bergerak dan rondaan sosial secara sukarela.ii) Penguatkuasaan
Melaksanakan program-program operasi Penguatkuasaan Bersepadu
bersama dengan agensi yang berkaitan seperti PDRM, Jabatan
Imigresen, RELA, PBT, Pejabat Daerah dan pihak Media. Mereka yang
terlibat akan ditangkap dan didakwa di mahkamah.iii) Hukuman dan Mendakwa
Mengenakan hukuman yang tegas agar dapat memberi kesedaran
kepada masyarakatsupaya menjahui aktivitijenayah.