PERTANIAN

90) PERTANIAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sabak Bernam merupakan Jelapang Padi Negeri Selangor dan penghasilan padinya adalah yang tertinggi di Malaysia iaitu 10 tan per hektar. Namun demikian, masalah kekurangan air masih menjadi permasalahan utama para pesawah. Apakah tindakan kerajaan negeri di dalam menangani masalah ini?

    Masalah kekurangan air untuk pesawah agak sukar di atasi kerana sumber air untuk skim pengairan adalah terhad terutama semasa musim kemarau.
    Bagaimanapun pihak jabatan telah dan sedang mengambil tindakan bagi mengoptimumkan penggunaan sumber yang antaranya adalah seperti berikut :

    i) Pembinaan rumah pam separa kekal bagi program kitar semula air sawah di samping penggunaan pam-pam bergerak yang akan dihantar ke kawasan yang memerlukan.

    ii) Pembinaan ‘regulator’ di terusan utama bagi mengawal penggunaan dan
    agihan bekalanair ke blok-blok pengairan terlibat.

    iii) Jabatan melaksanakan program kitar semula air dengan membekal pam-pam air bergerak yang ditempatkan di lokasi tertentu bagi mengepam air
    dari parit buang untuk diguna semula.

Lampiran

Tiada Lampiran.