PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN HERBA DARI NEGERI SELANGOR
35) PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN HERBA DARI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan dan mempromosikan industri herba Negeri Selangor di luar negara?
PKPS tiada menjalankan promosi diluar negara.
Sebelum Kerajaan Negeri mengadakan promosi industri herba ke luar negara, beberapa
keperluan bagi menyokong industri ini perlu disediakan dahulu. Sebagai contoh,
Kerajaan Negeri perlu menyediakan perkhidmatan ujian klinikal. Fungsi ujian klinikal ini
adalah untuk mengenalpasti bahan aktif dalam produk herba agar produk tersebut dapat
memenuhi piawaian pihak berkuasa luar negara. Contoh agensi yang menyediakan
perkhidmatan berkenaan adalah Institute For Medical Research (IMR) di bawah
Kementerian Kesihatan Malaysia yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
