Dasar Wanita Selangor
5) Dasar Wanita Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pelaksanaan Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2018 - 2020 setakat ini?
Secara keseluruhan, Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2017 – 2020 mempunyai lima (5) titik tumpuan dan tujuh (7) matlamat yang saling berkaitan. Kerajaan Negeri menerusi Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor telah mula melaksanakan Dasar tersebut bermula penghujung tahun 2017. Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah menyentuh dan melaksanakan kesemua Titik Tumpuan tersebut.
Kerajaan Negeri turut bercadang untuk menilai semula Dasar Wanita Selangor ini pada penghujung tahun dan merangka Pelan Tindakan bagi tahun-tahun seterusnya.
