Pengangguran Belia
104) Pengangguran Belia
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kadar pengangguran belia di Selangor akibat Covid-19?
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, berdasarkan Survei Tenaga Buruh (STB), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar pengangguran belia yang berumur 15-30 tahun di Negeri Selangor pada tahun 2019 adalah 6.1 peratus dengan bilangan penganggur belia seramai 75.9 ribu orang.
Kadar pengangguran belia di Negeri Selangor telah meningkat kepada 8.9 peratus pada suku tahun kedua 2020 dengan sejumlah 101.8 ribu orang penganggur berikutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020 bagi mengekang penularan COVID-19.
Maklumat Tambahan:
i. Statistik belia (15–30) menganggur dan kadar pengangguran, Malaysia dan Selangor, 2019 – ST2 2020 seperti jadual berikut:
ii. Konsep Asas Statistik Tenaga Buruh
- Statistik tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran diperoleh daripada Survei Tenaga Buruh (STB) dan merujuk kepada penduduk yang berumur 15-64 tahun semasa minggu rujukan.
- STB merupakan kajian sampel berkebarangkalian yang dilaksanakan melalui pendekatan isi rumah untuk mendapatkan maklumat anggaran tenaga buruh dan pengangguran peringkat penduduk. Kajian ini dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan badan antarabangsa iaitu International Labour Organization (ILO) yang diguna pakai oleh kebanyakan negara.
- Menganggur merujuk kepada mereka yang berada dalam tenaga buruh yang tidak bekerja semasa minggu rujukan tetapi bersedia untuk bekerja atau mencari kerja dalam minggu rujukan.
- Kadar pengangguranialah perkadaran penduduk yang menganggur kepada jumlah penduduk dalam tenaga buruh.
- Beliamengikut definisi Dasar Belia Malaysia (DBM) ialah penduduk dalam kumpulan umur 15 hingga 30 tahun.