Terdapat Banjir Di Kawasan Kampung Akibat Pembangunan Tanpa Kebenaran

105) Terdapat Banjir Di Kawasan Kampung Akibat Pembangunan Tanpa Kebenaran

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut?

    Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merupakan salah satu agensi teknikal yang mengemukakan ulasan teknikal bagi sebarang cadangan pembangunan yang dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui platform One Service Centre (OSC). Sebarang pembangunan tanpa kebenaran adalah dipantau oleh pihak PBT. JPS akan sentiasa menyalurkan maklumat kepada PBT dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) sekiranya terdapat pembangunan tanpa kebenaran dikenalpasti di mana-mana kawasan di bawah seliaan Jabatan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.