Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

110) Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan dan penerima bagi tahun 2020 yang telah dikeluarkan dalam program SMUE?

    Jumlah yang telah diperuntukan untuk Program SMUE bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM20 juta. Sehingga kini sebanyak RM9,499,300.00 telah dibelanjakan dengan jumlah penerima seramai 94,933 orang. Untuk makluman, oleh kerana penerima bagi program Jom Shopping SMUE adalah dari golongan yang berisiko tinggi (warga emas dan OKU) oleh itu program ini terpaksa dihentikan seketika semasa pandemik COVID-19 (Mac – Mei). Walaubagaimanapun, program ini telah kembali dilaksanakan semula bermula Jun 2020 dan mematuhi semua SOP yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.