HAL EHWAL SELAIN ISLAM
32) HAL EHWAL SELAIN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah tanah yang diperuntukkan bagi rumah ibadat bukan Islam?
Sejak tahun 2008-September 2020, Kerajaan Negeri Selangor melalui Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam telah menyokong sejumlah 366 buah pewartaan tapak rumah ibadat selain Islam termasuk 14 tapak tanah perkuburan selain Islam. Butiran pecahan tanah yang disokong bagi tujuan tapak rumah ibadat selain Islam dan tapak perkuburan selain Islam mengikut daerah adalah seperti di Lampiran.
