PENULARAN WABAK DENGGI

37) PENULARAN WABAK DENGGI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar wabak denggi di kawasan Daerah Klang dan khususnya DUN Sentosa?

    Antara usaha-usaha yang dijalankan dalam memerangi masalah dan mengurangkan kadar wabak Denggi di Selangor termasuk Daerah Klang adalah seperti:

    1) Peruntukan sebanyak RM5 juta oleh Kerajaan Negeri bagi menampung perbelanjaan aktiviti kawalan dan pencegahan denggi di Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM440,000.00 diperuntukkan kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan sebanyak RM20,000.00 diperuntukkan kepada Pejabat Daerah/ Tanah Klang (PDT Klang);

    2) Melaksanakan Program Selangor Bebas Aedes di Tempat Kerja dan Kuarters;

    3) Memperhebatkan Pemeriksaan Tempat Pembiakan (PTP) di tempat-tempat tumpuan awam seperti Taman Rekreasi, Kompleks Membeli-Belah, sekolah, pasar, stadium dan sebagainya termasuk di lokaliti sporadic;

    4) Mengadakan ceramah dan latihan kepada kontraktor pembersihan mengenai cara memusnahkan tempat pembiakan nyamuk;

    5) Mengadakan taklimat denggi kepada semua pemaju dan syarikat Pest Controller Operator (PCO) di tapak bina dan premis berisiko seperti kedai besi buruk, kedai barang lusuh, kedai menjual barang ganti terpakai;

    6) Mengadakan taklimat Demam Denggi kepada JMB di Bangunan Strata;

    7) Mengeluarkan notis pembersihan kepada pemilik tanah perendirian dan rumah kosong supaya kawasan persekitaran tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan kacauganggu;

    8) Menjemput wakil DUN, Ahli Majlis, JKKK, Pengerusi Taman, wakil JMB menghadiri Mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Daerah yang diadakan setiap minggu dalam membincangkan cara mengatasi masalah di kawasan Denggi masing-masing;

    9) Mengadakan Program Pendidikan Kesihatan tentang penyakit Demam Denggi di sekolah dan tadika secara berkala;

    10) Pemberian Aerosol oleh Ahli Majlis kepada penduduk dalam program Gotong Royong Cegah Denggi;

    11) Pemberian ‘handpump’ oleh Ahli Majlis dan pemberian racun BTi daripada Pejabat Kesihatan Daerah ke sekolah-sekolah dan wakil komuniti dalam usaha memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk;

    12) Memperbanyakkan aktiviti semburan ‘larvasiding’ menggunakan racun ‘BTi’ dan Temephos di kawasan-kawasan berpotensi pembiakan;

    13) Menjalankan tunjuk ajar dan pemberian racun BTi kepada wakil KRT, MPKK dan JMB dalam usaha menggalakkan program semburan ‘larvasiding’ kendiri di kawasan masing-masing;

    14) Mewujudkan ‘group Whatapps’ bersama ketua-ketua KRT, JMB dan MPKK dalam membincangkan masalah yang dihadapi di kawasan masing-masing; dan

    15) Mengaktifkan Program Lorong Belakang di mana penduduk digalakkan menjalankan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan di lorong belakang pada setiap minggu.

Lampiran

Tiada Lampiran.