PROGRAM-PROGRAM KERAJAAN NEGERI YANG MASIH MEMPUNYAI PERUNTUKAN UNTUK DIMOHON
54) PROGRAM-PROGRAM KERAJAAN NEGERI YANG MASIH MEMPUNYAI PERUNTUKAN UNTUK DIMOHON
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan program-program Kerajaan Negeri yang masih mempunyai peruntukan untuk dimohon pada 2020 (contoh: Dana Usahawan Mikro Selangor, Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dan sebagainya).
Kerajaan Negeri telah menyalurkan bantuan kepada rakyat Negeri Selangor yang memerlukan melalui program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Sebanyak 33 inisiatif IPR telah disediakan bagi membantu golongan yang memerlukan. Sejumlah RM377,524,057.10 telah diperuntukan bagi program IPR untuk tahun 2020 dan sebanyak RM300,431,252.93 telah dibelanjakan bagi keseluruhan 33 IPR tersebut. Perincian IPR adalah seperti di lampiran.
