CARUMAN KUBUR

98) CARUMAN KUBUR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Butirkan hasil dan perbelanjaan caruman kubur dalam 5 tahun yang lepas.

    Caruman dan pengurusan akaun amanah perkuburan telah dilaksanakan di sembilan (9) buah Pejabat Daerah/ Tanah di Negeri Selangor bermula pada tahun 2003. Merujuk kepada Laporan Kewangan di dalam sistem SPEKS dan iSPEKS, hasil keseluruhan yang dicarum ke dalam Akaun Amanah Perkuburan dari tahun 2003 hingga 2020 (sehingga 20 Oktober 2020) adalah berjumlah RM98,297,822.32.

    Untuk makluman, bagi tempoh lima (5) tahun kebelakangan ini, iaitu tahun 2016 sehingga 2020, jumlah hasil yang dicarum adalah sebanyak RM43,134,341.01. Manakala, bagi jumlah perbelanjaan Akaun Amanah Perkuburan pula adalah berjumlah RM63,156,304.86. Perinciannya adalah seperti di dalam Jadual A berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.