KESAN WABAK COVID-19 DALAM NEGERI SELANGOR
8) KESAN WABAK COVID-19 DALAM NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jenis perniagaan yang paling terjejas akibat wabak COVID-19 di Selangor.
Merujuk kepada makluman rasmi yang telah diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara pada tarikh 25 Jun 2020 melalui Portal Rasmi Majlis Keselamatan Negara, SOP PKP Pemulihan, bahawa Aktiviti Pusat-Pusat Hiburan (Pusat Hiburan Keluarga, Pusat Hiburan Awam, Pusat Hiburan Istirehat (kecuali perniagaan restoran di dalam pub dan kelab malam) dan aktiviti Urutan Tradisional dan masih tidak dibenarkan untuk beroperasi dan merupakan perniagaan yang paling terjejas akibat wabak Covid-19 di Malaysia.
Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian yang dibuat hampir semua sektor perniagaan terjejas ekoran wabak pandemik Covid-19 di Selangor khususnya melibatkan aktiviti berikut:
- Penjaja;
- Pelancongan;
- Sukan/hiburan; dan
- Aktiviti sukan air.
