KEKANGAN PERTINDIHAN KERJA DALAM AGENSI KERAJAAN NEGERI

41) KEKANGAN PERTINDIHAN KERJA DALAM AGENSI KERAJAAN NEGERI

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menangani masalah pertindihan kuasa antara JKR/ JPS/ PBT?

    Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam sedang meneliti penyeragaman kerja terutama dari segi skop penyelenggaraan jalan dan perparitan di bawah agensi/ jabatan supaya ianya lebih terancang dan sistematik. Cadangan penyelenggaraan jalan diberi tanggungjawab kepada dua (2) agensi iaitu JKR dan PBT bagi memastikan keberkesanan dan penyampaian perkhidmatan penyelanggaraan dapat ditingkatkan dan akan melaksanakan satu projek contoh. Daerah yang dicadangkan untuk projek contoh adalah daerah Kuala Selangor. Kertas Cadangan Pelaksanaan ini telah disediakan dan akan diangkat untuk kelulusan Kerajaan Negeri.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan menyelaraskan semula parit dan saliran di bawah JPS, JKR dan PBT bagi menyelesaikan masalah pertindihan kawasan dan juga parit yang tidak diselenggara. Kerajaan Negeri juga sedang mengemaskini rekod inventori jalan dan perparitan daripada pihak JKR, JPS dan PBT.

    Buat masa ini bidang kuasa jalan boleh disemak melalui sistem MARRIS manakala penyelenggaraan sistem perparitan dilaksanakan secara siasatan dan penyelarasan bersama oleh pihak JKR, JPS dan PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.