PESERTA ZAKAT

47) PESERTA ZAKAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisma yang digunakan untuk memastikan bahawa penerima yang layak sahaja menerima zakat dapat dikenalpasti ?

    Bagi mengenal pasti penerima bantuan zakat layak untuk menerima bantuan zakat, LZS menggunakan beberapa mekanisme. Antaranya:

    1. Menjalankan siasatan di lapangan bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah benar.
    2. Semakan maklumat dengan merujuk kepada penolong amil kariah yang dilantik oleh LZS.
    3. Permohonan perlu mendapat pengesahan daripada ketua masyarakat (penghulu/ketua kampung/Nazir Masjid).
    4. Bagi permohonan kelayakan asnaf fakir dan miskin di Selangor, pemohon akan dibanci melalui pengiraan Had Kifayah isi rumah. Had Kifayah merujuk kepada suatu garisan kecukupan bagi seseorang individu mahupun sesebuah keluarga.

Lampiran

Tiada Lampiran.