PROJEK PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU
58) PROJEK PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Menurut maklumat daripada Kerajaan Negeri, jumlah peruntukan bagi projek-projek kecil Kampung Baru adalah sebanyak RM5 juta setahun. Bagaimanakah MPKK boleh memohon untuk peruntukan ini?
Untuk makluman Yang Berhormat Bandar Utama, menerusi Ucapan Belanjawan Tahun 2020 oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, jumlah peruntukan bagi projek-projek kecil Kampung Baru adalah sebanyak RM4 juta. Semua permohonan projek-projek kecil oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru akan diselaraskan oleh Pegawai Perhubungan Perkampungan (PPP) setiap daerah atau Pengerusi MPKK boleh dihantar terus kepada Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru menggunakan borang yang telah disediakan.
