Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
77) PENAMBAHBAIKAN JALAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pernahkan JKR membuat kajian feasibiliti untuk membina ramp belok kanan tambahan ke Kelana Jaya link daripada ramp Persiaran Kewajipan ke arah Bandar Sunway?
Keadaan semasa di lokasi tersebut didapati ‘turning radius’ jalan susur daripada Lebuhraya Shah Alam (Arah Kuala Lumpur) ke Persiaran Kewajipan adalah sempit.
Jarak panjang di antara jalan susur masuk ke Persiaran Kewajipan sehingga ke laluan masuk ke jambatan Kelana Jaya Link adalah 240m yang mana ianyanya adalah mencukupi.
Dicadangkan kajian dan tindakan lanjut berkaitan menaiktaraf jalan susur kiri masuk ke Persiaran Kewajipan (Arah Kuala Lumpur) tersebut dilaksanakan oleh pihak konsesi/Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi melancarkan aliran lalulintas dan meningkat tahap keselamatan kepada pengguna jalan raya.