Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
131) ISU JALAN KM11 LALUAN FT31 DENGKIL-BANTING
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah penyelesaian Kerajaan Negeri bagi menjaga keselamatan penduduk di jalan tersebut sebelum projek flyover mula dibina sepertimana diluluskan di bawah RMK-12?
Untuk meningkatkan aspek keselamatan penduduk dan pengguna jalanraya, JKR telah mengambil langkah segera dengan menambahbaik aspek keselamatan di lokasi berkenaan dengan memasang ‘Traffic Calming Devices’ seperti bonggol, memasang solar blinking, amber lights, memasang road studs, memasang lampu jalan dan mengecat semula garisan jalan yang telah bermula pada 20 Februari 2020 supaya pengguna jalan lebih peka dan memperlahankan kenderaan apabila melalui lokasi berkenaan.
Permohonan untuk menaiktaraf jalan ini telah dimohon pada 10 Februari 2020 kepada Caw. Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia di bawah program Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).