Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
170) PEMBANGUNAN JANGKA PANJANG PULAU CAREY
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan pembangunan jangka panjang Pulau Carey (Gugusan Industri Sokongan Pelabuhan dan Maritim) yang akan dilakukan pada tahun ini?
Pulau Carey merupakan antara kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sesuai dengan lokasinya yang strategik. Antara perancangan pembangunan yang sedang diteliti di peringkat Kerajaan Pusat adalah Projek Pembangunan Pelabuhan (Terminal). Bagi tujuan ini, Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) telah diarahkan melalui keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri (Kabinet) untuk menjalankan Kajian Kebolehlaksanaan Projek Pembangunan Pelabuhan (Terminal) di Pulau Carey, Selangor.
Lanjutan daripada itu, LPK telah pun melantik firma juruperunding untuk menjalankan kajian tersebut yang telah bermula pada bulan Ogos 2019 dan mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan. Setelah kajian selesai, hasil penemuan dan cadangan daripada kajian tersebut akan dibentangkan semula di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan arahan selanjutnya.